“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)
Peribadi Nabi Muhammad
s.a.w. sungguh menarik hati seluruh manusia yang mengakui kebenaran,
keperibadian Rasulullah jelas diterangkan dalam al-Quran diantaranya Allah
berfirman yang bermaksud:
“Maka
disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah
bersikap lemah lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi
keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu
ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap
engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah
dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian
setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal
kepadaNya. (al-Quran s. Ali Imran: 159)
Ini
salah satu sifat terpuji dari peribadi Nabi Muhammad s.a.w. diantara
banyak lagi sifat terpuji yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w., sehingga
menyebabkan baginda Nabi s.a.w. telah dapat membawa suatu perubahan
yang luar biasa terhadap masyarakat ummat manusia, khasnya masyarakat
Arab di zaman jahiliah
Kebiasaannya
Telah
dikeluarkan oleh Ya’kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra.
katanya: Pernah aku menanyai bapak saudaraku (dari sebelah ibu) Hind bin
Abu Halah, dan aku tahu dia memang sangat pandai mensifatkan perilaku
Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku
sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata
: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu
bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirahat panjang,
tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan
bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh
mutiara mutu manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau
berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina
diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela
nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan
marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat
membelanya.
Dalam
riwayat lain, dikatakan bahwa dia tidak menjadi marah kerana sesuatu
urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila dia
melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi
marahnya, sehingga dia dapat membela kerananya. Dia tidak pernah marah
untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila
mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila dia
merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara
dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan
pada ibu jari tangan kirinya, dan bila dia marah dia terus berpaling
dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila dia gembira dipejamkan
matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila dia
ketawa, dia ketawa seperti embun yang dingin.
Berkata
Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga.
Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku
dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan bapa saudaraku tentang apa
yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin
Abu Thalib ra.) tentang cara keluar beliau dan masuk beliau, tentang
cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.
Keadaannya di rumah
Berkata
Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya
Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah
diizinkan khusus baginya, dan apabila dia berada di dalam rumahnya
dibahagikan masanya tiga bahagian. Satu bahagian khusus untuk Allah
ta’ala, satu bahagian untuk isteri-isterinya, dan satu bahagian lagi
untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bahagian untuk dirinya itu
terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya
itu untuk melayani semua orang yang awam mahupun yang khusus, tiada
seorang pun dibezakan dari yang lain. Di antara tabiatnya ketika
melayani ummat, dia selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang
yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri
masing-masing dalam agama.
Ada
yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka
dia akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang
berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum,
cuba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang
patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula:
“Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir.
Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat
menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang
yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang
penguasa, nescaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari
kiamat”, tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.
Dia tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat
ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah,
namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam
riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak
faedah, dan mereka keluar dari majlisnya sebagai orang yang ahli dalam
hal-ehwal agamanya.
Keadaannya di luar rumah
Berkata
Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar,
dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar,
senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk
ummatnya. Dia selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam
bicaranya. Dia senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan
meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang dia
mengingatkan orang ramai, tetapi dia senantiasa menjaga hati mereka agar
tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya
yang mulia.
Dia
selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan
selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana
yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan
dicegahkan. Dia senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara,
tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka
lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah
meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa
mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang
dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat,
yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban
dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.
Majlisnya
Berkata
Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majlis Nabi SAW dan
bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahawa Rasulullah SAW tidak duduk dalam
sesuatu majlis, atau bangun daripadanya, melainkan dia berzikir kepada
Allah SWT Dia tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang
orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila dia
sampai kepada sesuatu tempat, di situlah dia duduk sehingga selesai
majlis itu dan dia menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan
orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata,
sehingga orang-orang yang berada di majlisnya itu merasa tiada seorang
pun yang diberikan penghormatan lebih darinya.
Bila
ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu
maslahat, dia terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang
itu bangun dan kembali. Dia tidak pemah menghampakan orang yang meminta
daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika
tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya.
Budi pekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Dia dianggap
semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama
dalam hal kebenaran , tidak berat sebelah. Majlisnya semuanya
ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar
suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak
disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan
taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang
muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu
didahulukan.
Ketika bersama sahabat-sahabatnya
Berkata
Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah
SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya?
Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya
mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak
kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak
bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada
disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya,
tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya
tiga perkara yang berikut. Dia tidak suka mencela orang dan
memburukkannya. Dia tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak
berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan
menghasilkan pahala.
Apabila
dia berbicara, semua orang yang berada dalam majlisnya memerhatikannya
dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka.
Bila dia berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia
berbicara pula, semua mereka berdiam seribu bahasa. Mereka tidak pernah
bertengkar di hadapannya. Dia tertawa bila dilihatnya mereka tertawa,
dan dia merasa takjub bila mereka merasa takjub. Dia selalu bersabar
bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka
mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau
menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang
senang, tetapi dia tetap menyabarkan mereka dengan berkata: “Jika kamu
dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan
jangan mengherdiknya!”. Dia juga tidak mengharapkan pujian daripada
siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mahu memujinya pun, dia tidak
menggalakkan untuk berbuat begitu. Dia tidak pernah memotong bicara
sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah dia
berbicara, atau dia menjauh dari tempat itu.
Ketika diamnya
Berkata
Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana
pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada
mempertimbangkan empat hal, iaitu: Kerana adab sopan santun, kerana
berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan
kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana
persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun
tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan
terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran.
Tidak
ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun
menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat
berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan
melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang
berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang
lain. Dia meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh
yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat
ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat
ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat
- Beliau biasanya memaafkan musuh dan para sahabat-sahabatnya yang menyakitinya. Di perang Uhud beliau berdoa untuk kaum kafir yang menyebabkan mulutnya berdarah “Ya Allah maafkan mereka yang tidak tahu”
- Beliau sangat penyantun. Beliau biasa memberi minum hewan piaraanya dengan ember dan menunggunya hingga selesai. Beliau membersihkan wajah dan mata kuda tungganganya.
- Ketika dipanggil, beliau menjawab dengan berkata “labaik” (ya!) Beliau tidak pernah melangkahi orang lain. Beliau biasa duduk di kedua kakinya. Ketika menunggang hewan dan melihat ada orang yang berjalan, beliau mengajak orang itu menumpang di hewan tunggangannya.
- Beliau tidak memandang dirinya memiliki kelebihan dibanding lainnya. Ketika sedang berada dalam sebuah perjalanan bersama sahabat-sahabatnya mereka bermaksud memasak seekor kambing. Salah seorang di antara mereka memberikan kambingnya. Ada yang menawarkan diri mengulitinya. Ada yang menawarkan sebagai juru masak. Rasulullah SAW kemudian menawarkan dirinya mencari kayu bakar. Para sahabat berkata “Ya Rasulullah Anda duduk sajalah. Kami yang akan mencari kayunya.” Beliau menjawab “ya! saya tahu Anda semua siap melakukannya. Tetapi saya tidak ingin duduk-duduk saja sementara yang lain bekerja. Allah tidak suka kalau ada yang duduk-duduk saja sedang yang lain bekerja. ” Beliau lalu berdiri dan pergi mencari kayu bakar.
- Ketika beliau mengunjungi sahabat-sahabatnya beliau tidak selalu duduk di bagian depan. Beliau mencari tempat yang kosong. Ketika beliau datang, sahabat-sahabatnya cepat-cepat berdiri. Beliau berujar “janganlah kalian berdiri untuk menghormatiku bersikaplah biasa seperti ketika kalian kedatangan orang lain. Saya seperti orang lain. Saya makan seperti yang lainnya. Sayapun duduk kalau lelah.”
- Seringkali Nabi duduk di kedua lututnya. Beliau juga pernah berdiri menggunakan lututnya ketika memeluk menyambut sahabat-sahabatnya. Beliau tidak pernah membedakan makanan untuknya dan para pembantunya, demikian juga dalam hal berpakaian. Beliau sering membantu pelayannya menyelesaikan pekerjaan. Beliau tidak pernah menyumpahi atau menyakiti orang lain. Anas bin Malik, yang setia melayaninya berkata, “aku menjadi pelayan Rasulullah selama 10 tahun. Beliau membantuku lebih sering dibanding aku membantunya. Beliau tidak pernah memarahiku. Beliau tidak pernah berkata kasar kepadaku.”
- Beliau suka menambal sendiri pakaiannya yang sobek, memerah susu kambingnya, dan memberi minum hewan piaraannya. Beliau sering membawa barang-barang belanjaan sendiri ke rumahnya. Dalam perjalanan, beliau sering memberi makan hewan tunggangannya. Kadang-kadang beliau melakukannya sendiri dan kadang-kadang dilakukan oleh pelayannya.
- Ketika beliau dipanggil dengan sebutan pelayan oleh seorang pelayan, sebuah kebiasaan di Madinah, beliau lalu berjalan dengan pelayan itu beriringan.
- Beliau sering mengunjungi orang yang sakit dan menghadiri pemakamannya. Untuk menggembirakan hati si sakit, beliau mengunjunginya meskipun si sakit kafir atau munafik.
- Setelah beliau melaksanakan sholat subuh di Masjid, beliau menghampiri para sahabatnya sambil berkata: “Adakah yang sakit? Bila ada mari kita mengunjunginya.” Kemudian beliau juga berkata:”adakah yang meninggal?Bila ada mari kita membantunya.”Kemudian beliau sering juga berkata:”adakah di antara kalian yang bermimpi sesuatu? Bila ada mari kita tafsirkan mimpinya.” Bila ada yang meninggal beliau membantu menyiapkan pemakamnnya dan menyolatkannya serta menghadiri pemakamannya.
- Ketika beliau tidak melihat sahabat-sahabatnya selama tiga hari beliau akan menanyaknnya. Bila sahabatnya itu sedang bepergian beliau mendoakannya, atau bila sahabatnya ada di kotanya beliau akan mengunjunginya.
- Beliau selalu mendahului menyambut orang lain yang dijumpainya.
- Beliau suka mengendarai unta, keledai, dan kadang-kadang mengajak orang lain menunggang bersamanya.
- Beliau suka melayani tamunya dan para sahabatnya dan beliau menyatakan: “orang yang paling dekat dengan masyaraktnya adalah orang yang selalu melayani orang lain.”
- Tidak seorang pun pernah menyaksikan beliau tertawa terbahak-bahak. Beliau suka tersenyum kecil. Kadang-kadang gigi depannya tampak ketika beliau tertawa.
- Beliau selalu tampak hati-hati dan cermat. Beliau suka berbicara pelan-pelan. Beliau biasa memulai pembicaraan dengan senyum.
- Beliau tidak pernah berbicara yang mubazir atau tanpa keperluan. Bila beliau memerlukan sesuatu beliau akan berbicara dengan singkat dan jelas. Terkadang beliau mengulangi pembicaraan sampai tiga kali agar bias dipahami.
- Beliau biasa bercanda dengan orang-orang asing, orang yang pernah dikenalnya, anak-anak, wanita tua, dan wanita yang menjadi mahramnya (yang tidak boleh dinikahi). Namun demikian, hal itu tidak membuatnya lupa kepada Allah.
- Tak seorang pun sanggup melihatnya berlama-lama karena kemulyaannya. Bila seseorang melihatnya, ia pasti mulai berkeringat. Beliau sering berkata janganlah engkau ..dirimu! saya bukanlah raja. Saya bukanlah penjahat. Saya adalah anak dari seorang wanita dan saya juga makan daging kering.” Sehingga orang lain hilang kekuatirannya dan menjelaskan masalah yang dihadapinya.
- Beliau tidak memiliki pengawal atau penjaga. Setiap orang dapat menemuinya dan mengutarakan masalahnya.
- Beliau sangat pemalu. Beliau biasa memperhatikan wajah orang yang mengajaknya berbicara.
- Beliau tidak pernah mempermalukan orang akibat kesalahannya. Beliau tidak pernah mengeluhkan orang lain.
- Meskipun beliau orang yang memiliki keutamaan, beliau berkata: “Di antara kalian akulah orang yang paling paham tentang Allah dan paling takut kepada-Nya. Bila kalian tahu apa yang aku ketahui maka kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
- Hatinya sangat mulya dan memiliki keberanian. Di perang Hunain, banyak tentara Muslim lari mengumpulkan harta rampasan perang. Akibatnya di sekitar beliau hanya tinggal beberapa orang saja. Selanjutnya pasukan musuh menyerang secara tiba-tiba dan mereka mengelilingi Rasulullah. Namun Rasululllah tidak bisa ditaklukan.
Post a Comment
Terimakasih bila Anda menuliskan komentar disini